Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan berangkat ke Pembukaan Rasmi CHOGM Ke-26
24/06/2022


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Pembukaan Rasmi Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26; Restricted Executive Session dan Sesi Eksekutif, yang berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Kigali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame; dan Setiausaha Agung Komanwel, The Right Honourable Patricia Scotland QC.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berangkat ke Plenary Hall bagi acara Pembukaan Rasmi CHOGM bersama para pemimpin Komanwel lainnya dan seterusnya menghadiri Restricted Executive Session bagi membincangkan mengenai pelantikan Setiausaha Agung Komanwel yang baharu.

Kebawah DYMM kemudiannya berangkat menghadiri Sesi Eksekutif CHOGM yang dipengerusikan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto